Sunday 30 September 2012

KENAPA KITA DI UJI???

PENAWARNYA ADALAH AL-QURAN..SUBHANALLAH..




Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN??

Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.."

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??

Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST??

Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139)
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"

APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??

Allah kata dalam surah taubat(ayat 111)
"sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka"


ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!

Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)
".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"

Tuesday 25 September 2012

Individu Muslim



Persoalan :
"Kenapa perlu bina diri untuk jadi individu muslim? 
Tak boleh ke jadi orang biasa-biasa je? 
Nanti kena cop ekstrem pulak.'' 

INDIVIDU MUSLIM menjadi isu yang paling besar kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini yang juga merupakan asas dalam mencapai empayar Islam supaya akhirnya Islam mampu menjadi Ustaziatul Alam (pembimbing atau pemerintah alam).

INDIVIDU MUSLIM dilihat sebagai batu-bata yang paling bawah dan paling 'core' dalam membina Daulah Islamiyah itu tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Sebelum fikir nak bina Baitul Muslim (rumahtangga Islam) mesti bentuk INDIVIDU MUSLIM dalam diri terlebih dahulu. Di sini jelas menunjukkan kepentingan IM itu dalam jiwa-jiwa setiap umat dalam menegakkan semula Islam di muka bumi. 

As Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu dalam memenuhi kerangka sebagai seorang muslim yang benar-benar beramal dengan Islam.


1. Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
  • Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
  • Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
2. Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
  • Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
3. Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
  • Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
4. Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
  • Walau kaya perlu bekerja
  • Tidak terlalu mengejar jawatan
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan
  • Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
5. Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
  • Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
  • Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
6. Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
7. Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
  • Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
8. Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
9. Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
  • Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
10. Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
  • Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
  • Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
  • Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
  • Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.


Ayuh! kita tanamkan dalam diri 10 muwasaffat tarbiyah ini untuk menjana keperibadian muslim yang syumul! 



Rahsia Kalimah

Assalamualaikum..

Barang siapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan luas.

Kalimahnya ialah :

1. Bismillahirrahmanirrohim..

Bacalah kalimah ini apabila hendak akan melakukan sesuatu..

2. Alhamdulillah..

Bacalah kalimah ini setiap habis melakukan sesuatu pekerjaan

3. Astagfirullahalazim..

Bacalah kalimah ini jika dengan tidak sengaja mengucapkan kata-kata yang buruk

4. InsyaAllah..

Bacalah kalimah ini jika ingin melakukan / menjanjikan sesuatu di masa yang akan datang

5. Lahaula wala quwwata illah billah..

Bacalah kalimah ini jika tidak melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillahi wa inna illahi rojiun..

Bacalah kalimah ini jikalau sedang menghadapi musibah ataupun melihat / mendengar berita kematian

7. La illaha illallah / Subhanallah Walhamdulillah..

Bacalah kalimah ini sebanyak-banyaknya sepanjang siang dan malam


"...Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram..." 
(Al-Ra'd ; 28)

Apa itu kebaikan di dunia?


RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH..... .
"Wahai Tuhan Kami... Kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"... .



adalah antara doa yang sering kita ulang-ulangkan saban hari selepas solat fardhu.. Tapi apakah sebenarnya Kebaikan didunia yang dimaksudkan itu?

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah
Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang
dibantu oleh Allah untuk mengamalkan islam. Islam beerti selamat. Orang islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat didunia dan akhirat.

Sabda nabi s.a.w. : "Sungguh beruntung orang yang beragama Islam" (Riwayat Muslim).

2. Diberi kefahaman agama.
Untuk amalkan Islam kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan didunia. Orang islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidup tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda nabi : 
"Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Dapat berbuat amalan soleh.
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.

Firman Allah:
"Orang- orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas" (Az-Zumar: 10).

4. Mendapat Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara yang baik dan selamat.

Sebab itu Nabi s.a.w: 
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah manfaat kepadaku dari apa-apa yang engkau ajarkan kepadaku dan ajarkanlah daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku."
(Riwayat at-Tabrani)

5. Mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah, zuriat penyejuk hati, sahabat yang solihin. Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan.

Sabda Nabi: 
"Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri."
(Riwayat ad-Dailami dari Ali .a).

Isteri atau suami yang baik membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita dan doa mereka akan terus mengalir kepada kita. Sahabat yang baik akan membawa kita kepada jalan hidup yang selamat. Mereka tempat kita berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

6. Kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan mempunyai kesihatan yang baik, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam hidup ini. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup.

Nabi s.a.w memohon :
"Ya Allah, afiatkanlah tubuhku dan afiatkanlah pendengaranku. " 
(Riwayat Ibnu Syaibah)

7. Panjang Umur dalam ketaatan.
Hampir setiap orang mahu hidup lama kecuali orang yang putus asa dengan hidup (na'uzubillah) .

Sabda nabi s.a.w: 
"Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah." (Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya).

8. Mendapat rezeki yang halal.
Nabi s.a.w menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad.

Malah sabdanya: 
"Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari sumber yang halal." 
(Riwayat al-Hakim).

9. Beroleh keimanan dan ketaqwaan.
Dengan iman dan taqwa, seseorang itu mulia disisi Allah dan manusia.

Sabda nabi: "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Banyak mengingati Allah s.w.t.
Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan.

Firman Allah: 
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) .
Sabda Nabi s.a.w:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." 

(Riwayat ad-Dailami).

11. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah.
Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci dan pelbagai sifat mazmumah lain. Tidak hairanlah dikatakan orang yang bersih hatinya daripada sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan didunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah. Bila dapat nikmat, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah.

Firman Allah:
"Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya." 
(Al-A'lah:14)

12. Mati dalam kebaikan (Husnul Khotimah).
Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia.

Firman Allah s.w.t:
"…demikian Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun 'Alaik." (Riwayat Abu Na'im).

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Sunday 23 September 2012

Amalkanlah Jazakallahu Khairan Kathira


Jazakallahu khairan kathira(utk seorang lelaki).

Jazakillahu khairan kathira(utk seorang perempuan).

Jazakumullahu khairan kathira (utk ramai).

:)Dan ini adalah maksudnya:
Jazakallahu khairan
Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu.

Jazakallahu khairan kathira
Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak kepadamu.

:)Kalau seseorang mengucapkan Jazakallahu khairan kathira kpd anda, baiknya anda membalas:

Wa iyyaka(utk seorang lelaki).

Wa iyyaki(utk seorang perempuan).

Wa iyyakum(utk ramai).

:)Dan ini adalah maksudnya:

Wa iyyaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...