Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ada menasihatkan agar kita perlu sentiasa bersangka baik terhadap sesama insan. Antara nasihat beliau yang sangat terkesan apabila dihayati ialah:
Jika engkau bertemu seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hati:
"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hati):
"Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hati):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hati):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah aku capai, mengetahui apa yang tidak pernah aku ketahui, dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hati):
"Orang ini bermaksiat kepada ALLAH kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.Dia tentu lebih baik dariku".
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hati):
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".
Jauhilah kebanykan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..
(Surah Al-Hujurat: Ayat 12)
0 comments:
Post a Comment