Tuesday, 25 September 2012

Individu Muslim



Persoalan :
"Kenapa perlu bina diri untuk jadi individu muslim? 
Tak boleh ke jadi orang biasa-biasa je? 
Nanti kena cop ekstrem pulak.'' 

INDIVIDU MUSLIM menjadi isu yang paling besar kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini yang juga merupakan asas dalam mencapai empayar Islam supaya akhirnya Islam mampu menjadi Ustaziatul Alam (pembimbing atau pemerintah alam).

INDIVIDU MUSLIM dilihat sebagai batu-bata yang paling bawah dan paling 'core' dalam membina Daulah Islamiyah itu tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Sebelum fikir nak bina Baitul Muslim (rumahtangga Islam) mesti bentuk INDIVIDU MUSLIM dalam diri terlebih dahulu. Di sini jelas menunjukkan kepentingan IM itu dalam jiwa-jiwa setiap umat dalam menegakkan semula Islam di muka bumi. 

As Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu dalam memenuhi kerangka sebagai seorang muslim yang benar-benar beramal dengan Islam.


1. Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
  • Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
  • Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
2. Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
  • Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
3. Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
  • Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
4. Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
  • Walau kaya perlu bekerja
  • Tidak terlalu mengejar jawatan
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan
  • Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
5. Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
  • Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
  • Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
6. Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
7. Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
  • Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
8. Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
9. Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
  • Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
10. Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
  • Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
  • Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
  • Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
  • Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.


Ayuh! kita tanamkan dalam diri 10 muwasaffat tarbiyah ini untuk menjana keperibadian muslim yang syumul! 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...